Saturday, September 13, 2014

Pengenalan Kepada Komputer


Komputer adalah satu mesin eletronik:
► berfungsi berasaskan arahan yang disimpan dalam unit memori
► boleh menerima dan manipulasi data mengikut peraturan tertentu
► boleh menghasilkan output dan menyimpan output untuk kegunaan akan datang
Sejarah Perkembangan Komputer
Komputer merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer telah berkembang dari satu peralatan mekanikal berubah kepada menggunakan tiub vakum kepada litar elektornik dalam masa yang singkat.
Terdapat 5 generasi komputer dan setiap generasi mempunyai ciri tersendiri. 5 Generasi Komputer tersebut adalah seperti berikut:
    • Generasi Pertama : Tiub Vakum
    • Generasi Kedua : Translator dan Diod
    • Generasi Ketiga : Litar Bersepadu
    • Generasi Keempat : Mikro Pemproses
    • Generasi Kelima : Kepintaran Buatan
1. Generasi Pertama ( 1951-1958 )
i)  Ciri – ciri
• Komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk
memproses dan menyimpan maklumat
• Menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga menyebabkan
gangguan pada kawasan sekeliling
• 100% elektronik, saiznya amat besar dan boleh dikelaskan
sebagai kerangka utama
ii) Fungsi
• Membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan
trajektori
iii) Contoh Komputer
a) ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator)
• Dicipta oleh : Dr John Mauchly
Presper Eckert
• Tahun : 1946
b) EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer)
• Dicipta oleh: Dr John Mauchly
Presper Eckert
• Tujuan : – Mengurangkan penggunaan tiub vakum
– Menjadikan kerja pengiraan lebih cekap
•Menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara
tersimpan
2. Generasi Kedua ( 1959-1961)
i) Ciri-ciri
  • Komputer generasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub vakum
  • Saiz komputer lebih kecil dan murah
  • Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan bertambah
  • Cara baru menyimpan ingatan diperkenalkan menggunakan teras magnetik.. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik
  • Kemunculan Fortran dan Cobol menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa yang lebih sukar
  • Pengendalian kompuer menjadi lebih mudah
  • Harga lebih murah daripada kerangka utama
 ii) Contoh Komputer
Menandakan permulaan era minikomputer iaitu yang kedua terbesar
dalam keluarga komputer:
a)    Komputer DEC PDP-8
- Dicipta : Tahun 1964
-  Fungsi : Memproses data-data perniagaan
b)   IBM 7090
c)    IBM 7094
3. Generasi Ketiga ( 1965-1970 )
     i) Ciri-ciri
  • Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya lebih popular dan digunakan dalam kebanyakan alat elektronik di samping harganya yang jauh lebih murah berbanding komponen elektronik yang lain
  • Banyak bahasa pengaturcaraan yang timbul seperti:
- BASIC
- Pascal
-  PL/1
  • Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan
  • Bahasa BASIC bahasa paling popular digunakan
 ii) Contoh Komputer
Komputer pada zaman ini dikenali sebagai mikrokomputer. Antara contoh
Komputer pada zaman ini adalah seperti berikut:
  • IBM S360
  • UNIVAC 1108
  • UNIVAC 9000
  • Burroughts 5700,6700,7700
  • NCR Century
  • GE 600
4. Generasi Keempat ( ( 1971- Sekarang )
i) Ciri-ciri
• Cip masih digunakan untuk memproses dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor di dalamnya
• Penemuan baru di dalam penciptaan:
– Cip silikon
– Mikropemproses
– Peranti storan pemprosesan yang dapat dilakukan dengan lebih pantass sehingga berjuta bit sesaat
• Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar
• Boleh membentuk rangkaian komputer dan membawa kepada pembangunan internet
• Melibatkan pembangunan GUIs, Tetikus dan peranti pegang tangan
Secara umumnya antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini
ialah:
• Saiz lebih kecil
• Penggunaan tenaga elektrik yang minimum
• Boleh digunakan bersama beberapa bahasa pengaturcaraan
• Keupayaan storan meningkat 1 juta hingga 50 juta aksara
• Pengiraan dilaksanakan dalam “ Picoseconds”
• Saiz komputer 100 kali lebih kecil dari saiz komputer generasi pertama
• Satu cip lebih berkuasa dari ENIAC
ii) Contoh komputer
 IBM 370
• Apple II
• IBM PC/XT
• IBM PC/386
• IBM PC/486
• IBM Pentium II
5. Generasi Kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud dan ia merupakan komputer impian masa depan.
i) Ciri-ciri
  • Mempunyai ingatan yang amat besar supayaa membolehkannya menyelesaikan banyak masalah yang kompleks
  • Lebih canggih
  • Lebih murah
  • Mampu melihat,mendengar,berbicara dan berfikir serta membuat kesimpulan seperti manusia
  • Dijangka mempunyai kepandaian sendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui penglihataan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas dari kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai “ Artificial Intelligence “

1 comment:

  1. Casinos Near Casino Wyandotte - MapYRO
    The Casinos Near Casino 천안 출장샵 Wyandotte in Wyandotte, New 세종특별자치 출장마사지 Hampshire have a number of locations If you're a visitor to 화성 출장마사지 the 영천 출장마사지 casino, 하남 출장샵 you've probably noticed

    ReplyDelete