Tuesday, September 9, 2014

Senarai Keselamatan Pengguna


Senarai Keselamatan Pengguna

3.1. Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di
tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua
alat peranti
3.2. Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan
pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
3.3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di
tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
3.4. Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan
dan keselamatan mata pengguna.
3.5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm
jauh dari mata.
3.6. Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat
dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
3.7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok,
sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
3.8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
3.9. Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan
unit sistem di “shutdown” dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan
“plug”.
3.10. Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali leher,
barang-barang kemas dan berambut panjang.
3.11. Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah; tukar mana-mana
kabel kuasa yang rosak.

No comments:

Post a Comment